Followers

Friday, January 26, 2018

Persatuan Penduduk Rini Hill Mutiara Rini

PERINGATAN
a) Elakkan pemanduan kenderaan melebihi 30km/j di dalam kawasan perumahan Rini Hills 2 (kelajuan boleh membunuh)
b) Jangan letakkan kenderaan di hadapan pagar atau menghalang laluan orang ramai terutamanya kepada jiran-jiran anda (letakkan kenderaan dlm kawasan rumah sendiri)
c) Jangan tinggalkan rumah tanpa mengambil langkah keselamatan seperti mengunci pagar/gril dan simpan harta benda anda agar tidak dapat dilihat untuk mengelakkan kecurian (pastikan pintu ditutup dan berkunci)
d) Elakkan pencemaran bunyi dengan membuat bising yang keterlaluan sehingga mengganggu ketenteraman jiran-jiran anda (elakkan bising pada waktu malam)
e) Jangan biarkan sampah sarap bersepah atau tidak di bungkus dengan sempurna kerana ia menyebabkan persekitaran kotor dan jiran-jiran rasa tidak selesa (bersama-sama jaga kebersihan kejiranan Rini Hills 2)
f) Jaga dan kawal haiwan peliharaan anda dengan baik agar tidak menyebabkan masalah seperti najis haiwan yang bersepah, kanak-kanak di cakar/digigit oleh haiwan peliharaan atau kerosakan harta benda jiran-jiran akibat haiwan yang terlepas dari kawalan (masukkan ke sangkar atau di dalam kawasan pagar)
g) Bertegur sapalah dengan jiran-jiran anda agar anda kenal siapa mereka agar mudah untuk anda bekerjasama dan saling membantu menjaga keselamatan rumah dan ahli keluarga terutamanya ketika hendak meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama
h) Tegur jiran-jiran anda dengan cara paling berhemah sekiranya mereka terlupa untuk berusaha menjadi jiran yang baik kepada anda, jangan marah atau memaki, tetapi tegur dengan senyuman dan sabar
Terima kasih.