Followers

Wednesday, January 09, 2013

HIJRAH KE RINI HILLS JALAN JASA MUTIARA RINI

Kawan ada singgah meninjau keadaan kawasan rumah di sana. Mungkin hanya suku sahaja daripada keseluruhan kediaman yang telah dihuni. Suku lagi masih kosong walaupun sudah ada ccc iaitu sijil layak menduduki bangunan. Suku lagi sedang dalam pembinaan dan mungkin suku lagi masih tanah kosong. Ini semua anggaran sahaja.
Ada yang sedang dalam proses ubahsuai dan ada yang sedang berpindah. Tentu tidak sabar dan seronok untuk pindah rumah baru ye? Kawan lihat banyak poster dan iklan kontraktor ubahsuai untuk luaran dan dalaman rumah. Majoriti kaum che. Mana perginya kaum bumi? Mereka mesti bijak ambil peluang bisnes di kawasan rumah baru ni!
Tetapi AWAS! Elakkan penipuan.. Ramai yang fikir untung saje! Mereka kata tidak perlu buat pelan dan dapatkan kelulusan MPJBT! Ini sudah salah! Undang-undang kita banyak kebaikannya..
Akhir sekali.. Selamat berhijrah.. Dan semoga beroleh lebih banyak kebaikan yang diredhai Allah.. Amin..