Followers

Friday, May 31, 2013

MC DONALD RINI HEIGHT PRESINT JAYA MUTIARA RINI

EXCLUSIVE DOUBLE STOREY TERRACE HOUSE.

Love - My HomeStay

Saturday, May 11, 2013

MC DONALD RINI HEIGHT

Tidak pernah kami lihat Mc Donald sepenuh ini! Sehingga beratur di luar pintu masuk.
Kawan singgah nak alas perut sahaja!

Wednesday, March 27, 2013

Bajet 2013 - Sudut Pandang Pelabur Hartanah | Forum Komuniti Rescom Realty | Malaysia Real Estate | Agent

Bajet 2013 - Sudut Pandang Pelabur Hartanah | Forum Komuniti Rescom Realty | Malaysia Real Estate | Agent: "1) Kadar Cukai Hartanah (CKHT) atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil Real Property Gain Tax (RPGT) dinaikkan ke kadar baru.



Bajet 2011
< 5 tahun perolehan - 5%

Bajet 2012
0 - < 2 tahun perolehan - 10%
2 - < 5 tahun perolehan - 5%
5 tahun ke atas - 0%

Bajet 2013 yang baru dibentangkan semalam

0 - < 2 tahun perolehan - 15%
2 - < 5 tahun perolehan - 10%
5 tahun ke atas - 0%


Ini bermakna terdapat kenaikan 5% setahun bagi hartanah yang dilupuskan kurang dari 5 tahun.
Harus diingat bahawa:
- pengiraan cukai ini adalah berdasarkan keuntungan harga jualan berbanding harga perolehannya
- Pengecualian RPGT sekali seumur hidup masih tersedia.

Kenaikan kadar RPGT ini dikatakan bagi membendung kenaikan harga hartanah.
Berkesankah?"

'via Blog this'

www.planlulus.com

Monday, January 28, 2013

Marilah Sertai Skudai Homestay Group

Kawan turut gembira bila lihat ramai pengusaha homestay tumbuh bagai cendawan di kawasan Skudai dan Sekitar Zon Nusajaya ini. Ramai yang memiliha Legoland Theme Park sebagai destinasi utama. Alang-alang ke Legoland singgah juga ke Hello Kitty Town Puteri Harbour. A best punya..  Satu lagi lokasi yang menjadikan Homestay di Skudai menjadi adalah Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Wednesday, January 09, 2013

HIJRAH KE RINI HILLS JALAN JASA MUTIARA RINI

Kawan ada singgah meninjau keadaan kawasan rumah di sana. Mungkin hanya suku sahaja daripada keseluruhan kediaman yang telah dihuni. Suku lagi masih kosong walaupun sudah ada ccc iaitu sijil layak menduduki bangunan. Suku lagi sedang dalam pembinaan dan mungkin suku lagi masih tanah kosong. Ini semua anggaran sahaja.
Ada yang sedang dalam proses ubahsuai dan ada yang sedang berpindah. Tentu tidak sabar dan seronok untuk pindah rumah baru ye? Kawan lihat banyak poster dan iklan kontraktor ubahsuai untuk luaran dan dalaman rumah. Majoriti kaum che. Mana perginya kaum bumi? Mereka mesti bijak ambil peluang bisnes di kawasan rumah baru ni!
Tetapi AWAS! Elakkan penipuan.. Ramai yang fikir untung saje! Mereka kata tidak perlu buat pelan dan dapatkan kelulusan MPJBT! Ini sudah salah! Undang-undang kita banyak kebaikannya..
Akhir sekali.. Selamat berhijrah.. Dan semoga beroleh lebih banyak kebaikan yang diredhai Allah.. Amin..